Monday, 10 March 2014

#CARAKAMI : ANDA BERBOGEL DAN ANDA BANGGA!!~ #PrayForMH370




Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dari #CARAKAMI..Alhamdulillah syukur pada ALLAH atas nikmat kehidupan dan kebahagiaan yang diberikan..

Sebenarnya agak lama jugak aku menyepikan diri..kelu lidah utk aku berkata..terkhayal dan tersenyum aku melihat gelagat dan aksi-aksi segelintir masyarakat yg aku gelar HEBAT menyusun kata-kata dan gaya..

Hari ini..aku xpasti dari mana datangnya kekuatan dan daya pemikiran apa yg membuatkan aku terpanggil utk tulis artikel ni..

Mungkin.....naluri aku sebagai seorang suami, seorang ayah, dan seorang anak menjadi kekuatan aku utk meluahkan apa yg aku rasa dan kongsikan dengan semua pembaca blog aku ni..

Sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sedang melalui satu tempoh sukar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370..Malah dunia juga sedang tertumpu pada episod hitam dalam sejarah penerbangan negara..


Pendapat aku....aku jugak masih xpasti apa yg telah menimpa pesawat malang ini sehingga ke hari ini masih belum ditemui dan dijejaki..maaf aku bukan Professor, Ahli Forensik, Aviation Specialist, Juruterbang dan Ahli Fizik yang tumbuh macam cendawan di laman-laman sosial ketika ini yg menjaja teori-teori dan bukti-bukti mereka seolah mereka lebih arif dan lebih hebat dari mereka-mereka yg berkorban masa di kawasan mencari dan menyelamat itu sendiri..Walhal mereka hanya duduk bergoyang kaki dan bersenang lenang di hadapan komputer mereka sahaja..

Terkadang aku terfikir apakah yg mendorong segelintir dari kita seolah berlumba-lumba menjadi insan yg paling berpengetahuan dan paling berinformasi di laman-laman sosial..sedarkah mereka bahawa tindakkan mereka itu seperti BERBOGEL di khalayak ramai kemudian BERBANGGA dengan kelakuan mereka itu..

Mungkin mereka-mereka ini datangnya dari golongan yang kurang kasih sayang dan kurang mendapat perhatian menjadikan mereka-mereka seperti ini..

Yang macam pandai terus dengan teori dan fakta macam pandai nya..yang berpolitik terus dengan kospirasi dan hujan kebodohan politiknya..dan yang paling aku sedih sekali..yg beragama ISLAM ni..pernah ke mereka terfikir..bahawa RUKUN IMAN itu adalah antara perkara terpenting dalam ajaran ISLAM dan pegangan hidup mereka..

aku perhatikan ramai mereka-mereka ini adalah dari kalangan umat ISLAM tetapi seperti tidak boleh menerima RUKUN IMAN ke 6 ; Percaya pada Qada' & Qadar..sikap dan mentaliti yang terlalu suka mencari kelemahan dan kesalahan org lain, skeptikal dan negatif lebih di utamakan berbanding keredhaan dengan ketentuan ALLAH s.w.t 

Maafkan aku jika aku melabelkan mereka-mereka ini bersikap pentingkan diri sendiri..sebab hujah sesedap rasa mereka yg tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan TIDAK membantu meringankan mahupun menyelesaikan masalah yg dihadapi..malah ianya merumitkan lagi keadaan..

Aku rasa ada baiknya hantar golongan-golongan yang PALING berinformasi, PALING berilmu, PALING pandai ni semua pegi buat misi mencari dan menyelamat kerana ianya boleh menjimatkan masa dan perbelanjaan..tapi aku yakin..golongan ni semua PENGECUT!!!!! hebat berhujah dalam laman sosial..tapi terkial-kial bila di minta untuk laksana..BODOH!!

"Kebijaksanaan dan Kebodohan ada perbezaannya, Kebijaksanaan ada hadnya tetapi Kebodohan tiada sempadan" - Albert Einstein


#DoaUtkMH370 #PrayForMH370

Aku Percaya Aturan ALLAH s.w.t itu lebih baik dan sempurna dan aku mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menghormati keluarga-keluarga mangsa pesawat malang tersebut

WHAT GOES AROUND COMES AROUND


-Sekian-



+RIQ+





















No comments:

Post a Comment