Tuesday, 11 March 2014

#CARAKAMI : PAKCIK BILA LAGI???

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur atas nikmat pinjaman yang ALLAH s.w.t kurniakan pada kita selama ini..

PAKCIK BILA LAGI???...hahaha aku rasa post aku kali ni aku tujukan khas untuk semua anak-anak muda yang masih bujang..sebab diorang ni selalu panas telinga tiap kali pegi majlis-majlis kenduri kahwin xkira la majlis keluarga atau kenalan pasti soalan "cepu emas" ditanya oleh pakcik-pakcik atau makcik-makcik yg prihatin ni..



"KAU BILA LAGI??" soalan yg pada pendapat aku cara terbaik pakcik2 or makcik2 ni nk memulakan perbualan dgn korang..bak kata orang "modal" nk memulakan perbualan kalau kt kenduri2 kahwin ni la..mungkin juga ia adalah #CARAKAMI rakyat Malaysia bertegur sapa dalam majlis2 kahwin..aku xsure la kaum2 lain selain melayu ade trend yg sama atau tak..

Aku faham sgt perasaan budak2 muda yg ditanya soalan mcm tu..haha mesti ade yg rasa menyirap pon ye,yg rasa marah pon ye, yg rasa mcm annoying pon ye jgk..hahaha tapi kita jgn berburuk sangka..mungkin pakcik2 n makcik2 tu xsabar nk tgk korang kahwin n berumah tangga..cuma mungkin cara tnya tu mcm xkene sbb dh tradisi nye mcm tu kn..

Macam2 jawapan yg cuba korang create time soalan tu dituju pada korang..aku pasti punya..kadang2 dh siap2 fikir apa jawapan yg terbaik sebelum pegi kenduri kahwin keluarga khususnya...semalam ada kawan facebook aku siap update status "nk pergi majlis kawin ni..ape jawapan sesuai utk soalan "CEPU EMAS"..mohon pencerahan.." sampai mcm tu skali otak dia bekerja..hahaha..

Kesian aku tgk kawan2 sebaya aku yg masih belum mendirikan rumahtangga lagi..klu aku pon stress bro..member2 sebaya anak dh berderet-deret setahun satu macam raya setahun sekali..diri sendiri masih makan kedai mamak lagi hari2....haha

Satu situasi yang mungkin boleh buat pakcik2 n makcik2 ni menghayati dan menyelami perasaan korang ketika menziarahi orang yg meninggal dunia..masa org ramai tgh sibuk nk masukkan jenazah dlm liang lahad cuba2 la korang tnye makcik2 n pakcik2 kat situ "PAKCIK BILA LAGI??" aku yakin sgt2 klu korang bernasib baik pakcik tu cuma pandang tepat kt muka korang tanpa kata apa sebab menahan marah...klu nasib korang xbaik aku rase balik dari kubur tu kepala korang akan rasa berat ckit la sebab ade cangkul terpacak atas kepala...hahhahaha..

Sekadar Gurauan kan.."PAKCIK BILA LAGI?"
haha


Sekian

#DoaUtkMH370 #PrayForMH370



+RIQ+
 

 


Monday, 10 March 2014

#CARAKAMI : ANDA BERBOGEL DAN ANDA BANGGA!!~ #PrayForMH370




Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dari #CARAKAMI..Alhamdulillah syukur pada ALLAH atas nikmat kehidupan dan kebahagiaan yang diberikan..

Sebenarnya agak lama jugak aku menyepikan diri..kelu lidah utk aku berkata..terkhayal dan tersenyum aku melihat gelagat dan aksi-aksi segelintir masyarakat yg aku gelar HEBAT menyusun kata-kata dan gaya..

Hari ini..aku xpasti dari mana datangnya kekuatan dan daya pemikiran apa yg membuatkan aku terpanggil utk tulis artikel ni..

Mungkin.....naluri aku sebagai seorang suami, seorang ayah, dan seorang anak menjadi kekuatan aku utk meluahkan apa yg aku rasa dan kongsikan dengan semua pembaca blog aku ni..

Sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sedang melalui satu tempoh sukar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370..Malah dunia juga sedang tertumpu pada episod hitam dalam sejarah penerbangan negara..


Pendapat aku....aku jugak masih xpasti apa yg telah menimpa pesawat malang ini sehingga ke hari ini masih belum ditemui dan dijejaki..maaf aku bukan Professor, Ahli Forensik, Aviation Specialist, Juruterbang dan Ahli Fizik yang tumbuh macam cendawan di laman-laman sosial ketika ini yg menjaja teori-teori dan bukti-bukti mereka seolah mereka lebih arif dan lebih hebat dari mereka-mereka yg berkorban masa di kawasan mencari dan menyelamat itu sendiri..Walhal mereka hanya duduk bergoyang kaki dan bersenang lenang di hadapan komputer mereka sahaja..

Terkadang aku terfikir apakah yg mendorong segelintir dari kita seolah berlumba-lumba menjadi insan yg paling berpengetahuan dan paling berinformasi di laman-laman sosial..sedarkah mereka bahawa tindakkan mereka itu seperti BERBOGEL di khalayak ramai kemudian BERBANGGA dengan kelakuan mereka itu..

Mungkin mereka-mereka ini datangnya dari golongan yang kurang kasih sayang dan kurang mendapat perhatian menjadikan mereka-mereka seperti ini..

Yang macam pandai terus dengan teori dan fakta macam pandai nya..yang berpolitik terus dengan kospirasi dan hujan kebodohan politiknya..dan yang paling aku sedih sekali..yg beragama ISLAM ni..pernah ke mereka terfikir..bahawa RUKUN IMAN itu adalah antara perkara terpenting dalam ajaran ISLAM dan pegangan hidup mereka..

aku perhatikan ramai mereka-mereka ini adalah dari kalangan umat ISLAM tetapi seperti tidak boleh menerima RUKUN IMAN ke 6 ; Percaya pada Qada' & Qadar..sikap dan mentaliti yang terlalu suka mencari kelemahan dan kesalahan org lain, skeptikal dan negatif lebih di utamakan berbanding keredhaan dengan ketentuan ALLAH s.w.t 

Maafkan aku jika aku melabelkan mereka-mereka ini bersikap pentingkan diri sendiri..sebab hujah sesedap rasa mereka yg tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan TIDAK membantu meringankan mahupun menyelesaikan masalah yg dihadapi..malah ianya merumitkan lagi keadaan..

Aku rasa ada baiknya hantar golongan-golongan yang PALING berinformasi, PALING berilmu, PALING pandai ni semua pegi buat misi mencari dan menyelamat kerana ianya boleh menjimatkan masa dan perbelanjaan..tapi aku yakin..golongan ni semua PENGECUT!!!!! hebat berhujah dalam laman sosial..tapi terkial-kial bila di minta untuk laksana..BODOH!!

"Kebijaksanaan dan Kebodohan ada perbezaannya, Kebijaksanaan ada hadnya tetapi Kebodohan tiada sempadan" - Albert Einstein


#DoaUtkMH370 #PrayForMH370

Aku Percaya Aturan ALLAH s.w.t itu lebih baik dan sempurna dan aku mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menghormati keluarga-keluarga mangsa pesawat malang tersebut

WHAT GOES AROUND COMES AROUND


-Sekian-



+RIQ+