Tuesday, 11 March 2014

#CARAKAMI : PAKCIK BILA LAGI???

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah bersyukur atas nikmat pinjaman yang ALLAH s.w.t kurniakan pada kita selama ini..

PAKCIK BILA LAGI???...hahaha aku rasa post aku kali ni aku tujukan khas untuk semua anak-anak muda yang masih bujang..sebab diorang ni selalu panas telinga tiap kali pegi majlis-majlis kenduri kahwin xkira la majlis keluarga atau kenalan pasti soalan "cepu emas" ditanya oleh pakcik-pakcik atau makcik-makcik yg prihatin ni..



"KAU BILA LAGI??" soalan yg pada pendapat aku cara terbaik pakcik2 or makcik2 ni nk memulakan perbualan dgn korang..bak kata orang "modal" nk memulakan perbualan kalau kt kenduri2 kahwin ni la..mungkin juga ia adalah #CARAKAMI rakyat Malaysia bertegur sapa dalam majlis2 kahwin..aku xsure la kaum2 lain selain melayu ade trend yg sama atau tak..

Aku faham sgt perasaan budak2 muda yg ditanya soalan mcm tu..haha mesti ade yg rasa menyirap pon ye,yg rasa marah pon ye, yg rasa mcm annoying pon ye jgk..hahaha tapi kita jgn berburuk sangka..mungkin pakcik2 n makcik2 tu xsabar nk tgk korang kahwin n berumah tangga..cuma mungkin cara tnya tu mcm xkene sbb dh tradisi nye mcm tu kn..

Macam2 jawapan yg cuba korang create time soalan tu dituju pada korang..aku pasti punya..kadang2 dh siap2 fikir apa jawapan yg terbaik sebelum pegi kenduri kahwin keluarga khususnya...semalam ada kawan facebook aku siap update status "nk pergi majlis kawin ni..ape jawapan sesuai utk soalan "CEPU EMAS"..mohon pencerahan.." sampai mcm tu skali otak dia bekerja..hahaha..

Kesian aku tgk kawan2 sebaya aku yg masih belum mendirikan rumahtangga lagi..klu aku pon stress bro..member2 sebaya anak dh berderet-deret setahun satu macam raya setahun sekali..diri sendiri masih makan kedai mamak lagi hari2....haha

Satu situasi yang mungkin boleh buat pakcik2 n makcik2 ni menghayati dan menyelami perasaan korang ketika menziarahi orang yg meninggal dunia..masa org ramai tgh sibuk nk masukkan jenazah dlm liang lahad cuba2 la korang tnye makcik2 n pakcik2 kat situ "PAKCIK BILA LAGI??" aku yakin sgt2 klu korang bernasib baik pakcik tu cuma pandang tepat kt muka korang tanpa kata apa sebab menahan marah...klu nasib korang xbaik aku rase balik dari kubur tu kepala korang akan rasa berat ckit la sebab ade cangkul terpacak atas kepala...hahhahaha..

Sekadar Gurauan kan.."PAKCIK BILA LAGI?"
haha


Sekian

#DoaUtkMH370 #PrayForMH370



+RIQ+
 

 


Monday, 10 March 2014

#CARAKAMI : ANDA BERBOGEL DAN ANDA BANGGA!!~ #PrayForMH370




Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dari #CARAKAMI..Alhamdulillah syukur pada ALLAH atas nikmat kehidupan dan kebahagiaan yang diberikan..

Sebenarnya agak lama jugak aku menyepikan diri..kelu lidah utk aku berkata..terkhayal dan tersenyum aku melihat gelagat dan aksi-aksi segelintir masyarakat yg aku gelar HEBAT menyusun kata-kata dan gaya..

Hari ini..aku xpasti dari mana datangnya kekuatan dan daya pemikiran apa yg membuatkan aku terpanggil utk tulis artikel ni..

Mungkin.....naluri aku sebagai seorang suami, seorang ayah, dan seorang anak menjadi kekuatan aku utk meluahkan apa yg aku rasa dan kongsikan dengan semua pembaca blog aku ni..

Sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sedang melalui satu tempoh sukar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370..Malah dunia juga sedang tertumpu pada episod hitam dalam sejarah penerbangan negara..


Pendapat aku....aku jugak masih xpasti apa yg telah menimpa pesawat malang ini sehingga ke hari ini masih belum ditemui dan dijejaki..maaf aku bukan Professor, Ahli Forensik, Aviation Specialist, Juruterbang dan Ahli Fizik yang tumbuh macam cendawan di laman-laman sosial ketika ini yg menjaja teori-teori dan bukti-bukti mereka seolah mereka lebih arif dan lebih hebat dari mereka-mereka yg berkorban masa di kawasan mencari dan menyelamat itu sendiri..Walhal mereka hanya duduk bergoyang kaki dan bersenang lenang di hadapan komputer mereka sahaja..

Terkadang aku terfikir apakah yg mendorong segelintir dari kita seolah berlumba-lumba menjadi insan yg paling berpengetahuan dan paling berinformasi di laman-laman sosial..sedarkah mereka bahawa tindakkan mereka itu seperti BERBOGEL di khalayak ramai kemudian BERBANGGA dengan kelakuan mereka itu..

Mungkin mereka-mereka ini datangnya dari golongan yang kurang kasih sayang dan kurang mendapat perhatian menjadikan mereka-mereka seperti ini..

Yang macam pandai terus dengan teori dan fakta macam pandai nya..yang berpolitik terus dengan kospirasi dan hujan kebodohan politiknya..dan yang paling aku sedih sekali..yg beragama ISLAM ni..pernah ke mereka terfikir..bahawa RUKUN IMAN itu adalah antara perkara terpenting dalam ajaran ISLAM dan pegangan hidup mereka..

aku perhatikan ramai mereka-mereka ini adalah dari kalangan umat ISLAM tetapi seperti tidak boleh menerima RUKUN IMAN ke 6 ; Percaya pada Qada' & Qadar..sikap dan mentaliti yang terlalu suka mencari kelemahan dan kesalahan org lain, skeptikal dan negatif lebih di utamakan berbanding keredhaan dengan ketentuan ALLAH s.w.t 

Maafkan aku jika aku melabelkan mereka-mereka ini bersikap pentingkan diri sendiri..sebab hujah sesedap rasa mereka yg tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan TIDAK membantu meringankan mahupun menyelesaikan masalah yg dihadapi..malah ianya merumitkan lagi keadaan..

Aku rasa ada baiknya hantar golongan-golongan yang PALING berinformasi, PALING berilmu, PALING pandai ni semua pegi buat misi mencari dan menyelamat kerana ianya boleh menjimatkan masa dan perbelanjaan..tapi aku yakin..golongan ni semua PENGECUT!!!!! hebat berhujah dalam laman sosial..tapi terkial-kial bila di minta untuk laksana..BODOH!!

"Kebijaksanaan dan Kebodohan ada perbezaannya, Kebijaksanaan ada hadnya tetapi Kebodohan tiada sempadan" - Albert Einstein


#DoaUtkMH370 #PrayForMH370

Aku Percaya Aturan ALLAH s.w.t itu lebih baik dan sempurna dan aku mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menghormati keluarga-keluarga mangsa pesawat malang tersebut

WHAT GOES AROUND COMES AROUND


-Sekian-



+RIQ+





















Saturday, 22 February 2014

FOOTBALL ATAU FISHBALL???

FOOTBALL atau FISHBALL??

AsSalam semua..

Football atau Fishball??..hmmm..pada pendapat aku dua2 bende ni ade kenikmatan sendiri..Football??Bola Sepak??aku rase klu tnye fanatik bola confirm2 semua boleh jawab ape kenikmatan bola sepak ni..even poser yg acah2 true fans pon poyo2 je bleh jawab..haha

Fishball??aku rase org gaout(eh btol ke aku eja??lantakla~)pon curi2 makan bende ni klu terhidang depan mata..cerita pasal fishball titibe teringat pulak celup-celup kat Dataran Bandaraya JB(Lori No 8)..SAMOK bro bak kata org johor..haha



Huish..aku rase post kali ni sure mcm penulisan cerpen panjang nye..mane x nye..klu bab bola sepak ni..horsepower aku dari kancil 660 bleh tukar secara tiba2 ke Koenigsegg Agera..hahaha

 Kire nk declare kt cni aku penyokong tegar The Red Devils (klu penyokong rivals sure gelak sbb team aku tgh hancur season ni..sigh) then local Football team aku setia dgn JOHOR #JDT sbb aku anak jati Johor..cuma cari rezeki je kt kota metropolis ni..



Lantak la nk ckp aku poser or nk sokong team yg kuat je~yg penting aku tau pendirian aku n aku bukan lalang yg mengikut angin~(Mohon Terasa..haha)

Motif aku post semua ni bukan aku nk provok@bias pd mane2 team pon dlm bola sepak ni..aku cuma luah pendapat aku(lagi pon ni blog aku~suka aku la~haha) sbb aku percaya ramai giler yg kt luar tu jauh lebih TAHU SANGAT pasal bola sepak berbanding org lain kn~biase dh perangai tu..

Nak cerita pasal JOHOR ni..memori2 masa kecik mmg masih segar dlm kotak fikiran aku ni..zaman Evrin Boban, John Hunter, Rizal Sukiman, Rusdee Sulong, P Sunther, plus Allister Edward..time tu negeri lain pon kuat2 bro..Selangor ade Azman Adnan, Rusdee Suparman, Christopher Kiwomya..Pahang ade Dollah Saleh, Zainal Abidin..Kedah (Champion dlu) ada Radhi Mat Din, Oloubumi Adigun(xsilap aku la nama dia)..Sarawak ade keeper kebangsaan Mazlan Wahid..then Sabah xkurang hebat dgn Khairul Azman Mohammed ( Keeper terbaik Asia Tenggara dlu bro~xde kenceng punya) then Ramos and Ramles Sari..Ni semua antara nama2 besar dlm bola sepak Malaysia dlu..

Sape satu zaman dgn aku time tu sure korang igt kemeriahan bola sepak Malaysia time tu kn..Dulu klu pg skolah aku akan bwk satu beg plastik berisi Player2 bola lipat aku ke skolah (pakai manila card potong kecik2 then lipat dua..klu nk cun pki kulit buku rujukan dlu..haha)

Dulu tiap2 hari kt skolah ade match bola lipat ni..siap ade league satu skolah bro wa cakap lu..hahaha..bertapa unite nye budak2 dlu pasal bola..yela dulu iPad, PS semua tu mane ade..klu boleh bli pensil color LUNA yg 32 batang (Kotak lebar) dh cool n hensem giler dh rase dok tayang atas meja sekolah~hahaha

Honestly aku terrr amaaaatt lah kagum dan respect dgn semua ultras2 yg ade kt Malaysia ni..Korang memang terbaik pok!!..anda semua adalah rakyat Malaysia yg sgt patriotik kerana cintakn bola sepak negara..klu tanpa korang yg meriah2 kn arena bola sepak negara, aku rase yg ddk dlm stadium time ade game sure dgr bunyi ambulance lalu la..bunyi moto rempit pakai ekzos senapang la..sbb lokasi stadium byk tepi jalan besar kn..hahaha
STANDING OVATION aku bagi kt anda semua (kali ni aku serius..jgn main2 aku garang tau :p) anda mencurah keringat tanpa minta apa2 bayaran..malah anda bayar lagi tiket utk laungkan semangat kesukanan dan cintakn bola sepak negara..AKU KAGUMI ANDA SEMUA WAHAI ULTRA2 SEKALIAN (lebih kagum dari ultraman yg aku sanjung waktu aku kecik dlu) 







OK..Masalahnye sekarang ni..aku paling tak paham dengan organisasi yg kt bawah ni.....haish pening arrrr (sila guna nada shuib sepahtu)


Hmmmm..aku rase klu aku xletak gambar pon semua org dh tau n faham sgt dgn maksud aku kn..Klu korang nk tau..ni lah FISHBALL yg aku maksud kn sebenar benarnye~

Kenapa FISHBALL??sebab kenikmatan nya hanya di nikmati oleh Persatuan itu sendiri..even poser2 tegar yg macam aku ni jadi terlalu marah..apatah lagi yg jenis brader2 otai+hustler+die sorang paling die hard fans+die sorang paling tau ni semua...confirm2 la diorg pon dok berangin..

Cuba bayangkan satu situasi dimana ade satu periuk besar sup FISHBALL tp hanya tinggal kuah sup je~FISHBALL semua dh kene bedal dgn mereka yg mengaku lebih tau dan lebih bijak dalam menilai FISHBALL berbanding org lain..korang rase ape bile hirup kuah sampai kembong perut sedangkn masa buat sup FISHBALL tu korang yg beriya jaga api utk pastikan masak dgn sempurna...haaaa hambek ko falsafah..hahaha~tak ke korang rase mcm nk benam je muka yg makan semua FISHBALL tu??

Sebenarnya klu korang semua perasan..konsep perpaduan 1MALAYSIA dh lama wujud dalam arena sukan negara terutama BOLA SEPAK..FOOTBALL!!bukan FISHBALL!!..hahaha~

Ambik contoh kalau game Harimau Malaya la..yg ddk dlm stadium, kt cafe, kedai mamak, n xkire la kat mane skali pon..kita semua akan melonjak dan bersorak bila Harimau Malaya dapat goal n menang..even klu kalah skalipun kita semua akan kutuk secara berjemaah (maklumlah poser tegar kn~haha)

Masa tu kita semua sama..even berlainan bangsa, agama, warna kulit, warna rambut dan warna gigi..kita tetap sama2 bersorak dan rasa puas sama..malah kita boleh duduk satu meja besar sama sama..

ini #CARAKAMI rakyat Malaysia menyokong bola sepak negara!!

Bangga aku bila Malaysia boleh bersatu dengan bola sepak..sbb aku rase bola sepak adalah resipi paling mujarab untuk satukan rakyat Malaysia xkira bangsa, gender dan usia..

Tapi selagi pemakan FISHBALL yg berbekalkan konsep pelik dan egoistik yg membentuk organisasi penting ni berkuasa..aku rasa ia lebih memupuk sikap skeptikal dan provokasi pada setiap rakyat Malaysia..

Tambah2 pulak dgn sikap memilih FISHBALL dan tidak adil yg ditunjukkan..then menjadikan sesebuah team sbg kambing hitam utk timbulkan kemarahan dan kebencian peminat bola sepak yg lain utk menutup kelemahan diri....hmmmm sgt licik~

Sepatutnya penggemar FISHBALL ni lebih peka dgn keadaan sekeliling..peminat bola sepak Malaysia semua bijak2 belaka..mereka2 ni bukan setakat pegi sekolah sahaja..even ambik lesen kenderaan pon pegi sekolah tau tak!!!!..so jgn salahkan mereka bila mereka bersuara(Luu paa citttt taaa kata Ropie)..sbb mereka faham apa yg mereka perjuangkan..pegi la salahkan Kem.Pendidikan sama sbb provide sistem pembelajaran yg terbaik pada negara..ok???

Malah dalam islam sendiri tidak melarang seorang anak menegur kedua org tuanya jika mereka melakukan kesalahan..

Tujuan aku membebel cik kiah panjang2 ni bukan aku nk membenci sesama kita..cuma aku sedih bila suara2 kita semua tidak di dengar..mungkin FISHBALL di jadikn alat ganti kapas telinga barangkali..sebab tu semua mcm imune je kn~hmmm

Aku teramat la sayang kn bola sepak Malaysia..sbb aku ni patriotik org nye..dengan bakat2 yg ade sekarang aku percaya bola sepak Malaysia pasti boleh pegi jauh n di banggakan satu hari nanti..tapi jika tidak diubah dari sekarang........sampai bila???

Aku yakin ramai yg kt luar sana ade keinginan mcm aku..FOOTBALL MADE NATION BRO!!! FISHBALL MADE FROM FISH!!

so FOOTBALL atau FISHBALL??


Sekian

+RIQ+

 













Friday, 21 February 2014

KENAPA #CARAKAMI ??

#CARAKAMI

# CARA KAMI

Apekejadahnye dgn hashtag ni??

Ni cheq nak habaq mai..sebenarnye aku pon xsure la yg hashtag #CARAKAMI ni dh ade org guna or x lagi..tapi if dh ade org trending kn pon aku peduli ape..aku tetap akan buat dia jadi commercial value (cakap mat saleh engkau~) n sbg aku punya trademark.

Firstly (cakap mat saleh lagi engkau~) kenapa aku nama kn blog aku ni #CARAKAMI sbb aku rase perkataan tu terlalu luas maksudnya then sgt2 la dekat dgn kehidupan n aktiviti harian kita..contohnye mcm trend skrg semua berebut2 nk upload gambar #Selfie masing2 yg kadang2 tu bulu hidung lagi panjang dari misai~CONTOHNYA la..



 
 












  

Sehubungan dengan itu (amboi ayat nk bahasa surat kerajaan~haha) aku nk share la #CARAKAMI lalui kehidupan seharian..sebab aku rase hidup ni terlalu indah utk kita lepaskn setiap saat mcm tu je.

Tapi aku nk igtkn pada yg kt luar sana jgn la jadikan hashtag #CARAKAMI pada perkara negatif..contohnya korang putus cinta pastu nk bunuh diri terjun bangunan then claim #CARAKAMI selesai masalah..Kepala hotak kau jambul(kata Pendekar Mustar)..LIFE MUST GOES ON..cari la awek or pakwe baru..klu still nk bunuh diri jgk..naik bangunan tinggi2 then tros terjun..xpayah nk acah2 drama smpi sshkn bomba n org ramai tgk korang..ko igt bomba xde keje lain ke??BANGANG ABADI.

So kepada mereka2 yg kurang kasih sayang mohon jeles to the max dgn post2 akan datang dan seterusnya..sebab aku akan cuba share sehabis baik ape2 yg boleh membuatkan kita semua bahagia menikmati kehidupan hari ini dan mendatang (pergh ayat mcm boleh buat novel (-_-")~haha)..

Sebab pada aku..kenapa ALLAH ciptakan syurga dan neraka adalah jelas..kita kena sentiasa berusaha utk peroleh semua kebaikan..setelah berusaha baru berserah..klu buta2 berserah je, nnti korang bawak kereta or moto bile jalan tu ade corner ke kiri atau kanan xpayah usaha nk gerak ke kiri atau kanan..BERSERAH aje la~~klu dia belok, belok lah~~klu x belok haa bukak mulut luas2 utk anda kunyah tar jalan tu~hahaha

Akhir kata..ehh kejap2..waaaaa panjang giler aku merapu ni..macam ade saka je buat blog ni..naik "sheh" lupa diri bile dh menaip..hahaha..ok2 back on track..


Aku nk tegaskn kt cni yg blog #CARAKAMI ni tiada kaitan dengan sesiapa yg hidup, yg mati, atau yg tgh sedut gas kt hospital akibat semput yg teruk..niat aku cuma nk kongsi ttg kehidupan seharian aku dan anda semua

SEKIAN


+RIQ+


 

I'M A NEWBIE (AKU MASIH DARA)


AsSalam dan Selamat Sejahtera pada semua (eceh bajet feymes mcm ramai benor org nk bace blog aku ni~hahaha)

Alhamdulillah syukur pada ALLAH akhirnya dapat jugak aku buat blog sendiri walaupun dgn cara xsengaja..eh aku dh ade blog skrg??hmm rase maskulin sgt skrg..phuii~(dh berjuta org ade blog skrg baru hegeh nk buat blog hahaha out dated~)

Ok actually aku sendiri pon xsure ape aku nk buat dgn blog aku ni..serius blom ade konsep or idea utk perjalanan blog aku..so skrg ni aku tenyeh jela ape yg aku rase nk tulis..kejap nk call Hanis Zalika mintak advice
.........................................1 minit............................................
aduh operator yg jawab "maaf, no yg anda dail tiada dalam perkhidmatan kami terima kasih" hahaha (xde pon no dia..gempak je lebih)

Ok brainstorm konsep jap..nk share pasal tips2 kecantikan&tips rumah tangga??(kesian pulak aku dgn bisnes kak ton nnti..haha), nk kongsi resepi masakan??(aku punya makan lagi hebat dari aku punya masak..buang mase je), nk cite gosip artis??(malas aku nk lawan tarik2 rambut dgn mak jemah n kak kiah nnti)

Lantak pi la sana..tapi yg paling penting aku dh nampak dh yg blog aku ni akan feymes satu hari nanti hmmm..one day..one fine day..hahahaha :p

SEKIAN


+RIQ+